Assalamualaikum Tuan Suffian. Sedikit perkongsian dari pengalaman & pembacaan. Semoga dapat membantu.
Sblm itu, kerana keterbatasan info perjalanan penyakit tuan, jadi saya membuat andaian mengikut fakta general sahaja.
Dan saya tekankan, ubat doktor tetap harus ambil ikut arahan doktor.
Tuan beritahu yang ada gastrik, ada buasir, sakit belakang dan jantung.
Saya rasa gastrik dan buasir ada kaitan. Mungkin juga berkait dgn jantung.
Ini asas saya :-
1) Saya yakin dan percaya, majoriti penyakit datang dari masalah di perut & usus (rasanya ada hadis nabi, tak pasti).
Mat Salleh panggil, Digestive System Health or Gut Health or Intestinal Health.
2) Saya percaya, badan manusia mampu memperbaiki hampir semua kerosakan TETAPI kita kena supply “Raw Material” yang diperlukan badan utk repair kerosakan itu. Jika kita tak supply, badan tak boleh repair, kerosakan makin bertambah.
3) Saya juga yakin dan percaya manusia TIDAK dilahirkan dengan genetik gastrik, tetapi dilahirkan dengan genetik KECENDERUNGAN atau MUDAH dapat Gastrik.
Contohnya macam Kencing Manis. Mak bapak ada kencing manis, anak BERISIKO TINGGI kena sbb ada genetik cenderung dapat kencing manis (kecuali yg mmg type-1 diabetes). Contoh genetik yg diturunkan adalah genetik perut cepat serap + proses makanan. Gula cepat naik dalam darah slps makan, sehingga pankreas struggle nk keluarkan insulin pada kadar yg cepat (utk match jumlah gula), ia terpaksa kerja keras bertahun-tahun.. Lama-kelamaan rosak sbb overwork. Kena lah kencing manis. Genetik nya bukan kencing manis, tapi benda lain yg indirectly sbbkan senang kena kencing manis.
Sama lah macam Gastrik. Maybe ada yg kata genetik, saya rasa genetik cenderung dapat gastrik. Bukan genetik gastrik dari awal. Jika tidak, pasti dari kecil (masa mula makan nasik) sudah kena sakit gastrik.
** ini jika ada yg kata gastrik tuan, sebab genetik laa.
Saya akan cerita kenapa, bagaimana & apa yg tuan boleh buat. Tapi pjg sket laa, sbb nak bagi faham.
Dan sumber saya dari journal medical yang terkemuka sahaja.
Sumber : http://emedicine.medscape.com/article/175909-overview#a5
kita mula dengan gastrik laa dulu.
Byk penyebab gastrik. saya bahagikan kpd 2 utk senang paham :-
-
Infeksi : Bakteria (H.pylori, virus, fungus)
-
Non infeksi : makanan, ubat, trauma, stress, kekurangan nutrisi, perut mengecut sbb usia lanjut, dll.
Utk usia muda, penyebab gastrik paling sering sebab H.pylori, makanan, nutrisi & stress.
Saya yakin faktor ni semua bersangkut paut antara satu sama lain. Saya jelaskan nnti sekali dengan screenshot journal + solusi nya.
Sumber : http://www.tandfonline.com/doi/abs/10.3109/00365521.2015.1019918
Bakteria H.pylori ni benda asing. Tak wujud pun dalam perut pada asalnya. Ada beberapa sebab yg ditemukan kenapa Bakteria ni boleh masuk dan hidup dalam perut (sehingga menyebabkan kerosakan).
Sepatutnya asid dalam perut mampu bunuh bakteria ini.
Antara sebabnya adalah :-
-
Kekurangan Nutrisi – Vitamin B12
-
Antibodi badan yang lemah – makanan tak sihat, kurang nutrisi (vitamin c, antioksidant dll), merokok, kita kebetulan tgh sakit.
-
Struktur perut – Ini genetik. Mungkin lipatan dalam perut yg extra, sampai ada tempat bakteria menyorok & membiak.
-
Strain (jenis) H.pylori yang masuk kebetulan kuat.
Sumber : http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/ggi.12537/abstract
Ini antara kajian yang pernah dilakukan. Mereka mendapati pada pesakit yg level vitamin B12 nya rendah, bakteria H.Pylori senang membiak (banyak).
Kenapa Vitamin B12 Rendah?
Boleh jadi kerana memang dah tak dapat vitamin dari makanan. Makanan zaman sekarang byk yang diproses. Tumbuhan diberi baja kimia, tanah tidak subur dengan vitamin, haiwan ternak diberi makan dedak kimia, disuntik dengan bermacam ubat & hormon, dan seumpamanya. Mungkin juga kita yg kurang makan makanan berkhasiat.
Sumber utama vitamin B12 ni dari daging dan produk tenusu.
Sumber : http://www.aafp.org/afp/2003/0301/p979.html
Sumber : http://www.aafp.org/afp/2003/0301/p979.html
Vitamin B12 ni diserap majoriti kat perut & sikit di usus.
Untuk penyerapan vitamin B12, perlu asid di perut. Jika tiada asid, ia tak dapat diserap dengan baik.
Untuk kes tuan, saya suspek awalnya, ada genetik struktur perut cenderung kurang serap vitamin. Dan makanan pun mmg xde vitamin (atau kurang sgt) di dalamnya sbb dah diproses, tak natural, tak organik. Lembu ternak “moden”, sayur diracun dll.
Bila kurang vitamin B12, badan kita dapat detect kekurangan itu. Sebagai refleks, perut akan diarah utk keluarkan LEBIH BANYAK ASID. Sbb utk serap vitamin B12 perlu asid perut. Tapi makanan yg kita makan still sama or maybe lebih teruk!
Asid Yang Banyak ni laa sikit-sikit dia menghakis permukaan dinding perut !
Bertahun-tahun sampai jadi Gastrik !
Bila jadi Gastrik, doktor akan beri ubat untuk neutralkan asid (supaya perut tak sakit), biasanya diberi salah satu atau kombinasi :-
-
Air Kapur – Magnesium Trisilicate MMT (atau dlm btk tablet, namanya Tablet Gelusil)
-
Proton Pump Inhibitor – Omeperazole, Pantoprazole
-
H2 Receptor Blocker – Ranitidine
Treatment ni betul, tak salah. Utk kurangkan simptom. Tapi punca kenapa gastrik terjadi dari awal, tidak dicari & diperbetulkan !
Kita hanya merawat gejala, tapi bukan punca.
Bila cycle penyakit ini berterusan. Gastrik je makan PPI atau H2RB atau Air Kapur, selama BERTAHUN-TAHUN….
…. Ini menyebabkan MASALAH GASTRIK MAKIN TERUK ! Sebabnya….
Sumber : http://jamanetwork.com/journals/jama/fullarticle/1788456
Kajian ini mendapati, guna PPI / H2RB, menyebabkan Vitamin B12 MAKIN BERKURANG!
Memang laa, sbb nk serap vitamin b12 ni dari awal, perlukan asid perut !
Bila pakai ubat ni bertahun-tahun, Perut automatik jadi “Malas” / Less Active. Pada keadaan biasa, dia tak keluarkan asid sebanyak dulu, walau pun takda makan ubat anti-asid…. Sebab ia dah “TERBIASA” dengan efek ubat.
BERKAIT ANTARA SATU SAMA LAIN, MAKIN TERUK JADINYA.
Mungkin juga time ni laa, bakteria H.Pylori ni masuk dalam perut & buat kerosakan!
p/s : Bakteria H.Pylori ni nak tau dia wujud atau tidak, doktor biasanya buat test (ambil sampel dari dalam perut). Jika positif, doktor kasi 3 antibiotik, utk bunuh kuman ni. Ada juga yg buat test nafas dan blood test.
Bila perut dah jadi malas… Asid kurang…. Enzim perut turut terganggu (sbb ia sensitif pada pH & cofactor mcm vitamin)… Penghadaman Makanan terganggu !
Tuan mula kena Indigestion, perut sebu…. Bila berlarutan… jadi SEMBELIT (CONSTIPATION).
Sembelit ni antara PUNCA UTAMA terjadi BUASIR !!
Antara Faktor lain yg menyumbang terjadi sembelit –> buasir :-
-
Kurang minum air.
-
Ada masalah perembesan Hempedu.
-
Bakteria Baik dalam usus berkurang.
Bakteria baik ni juga satu penyumbang besar & berkait dengan gastrik + sembelit / buasir.
Dalam usus memang ada bakteria baik dan bakteria tak baik. Pada ratio yang tertentu.
Maybe tuan ada genetik struktur usus yang menyebabkan bakteria baik ni susah nk berkembang biak. Sehingga jumlah mereka kurang.
Antara kerja Bakteria Baik ini adalah BANTU CERNA MAKANAN + BANTU SERAP VITAMIN !
Bila bakteria baik kurang, makanan yg tadinya tak berapa nk cerna sbb gangguan asid di perut…. Makin susah dicerna sbb ketiadaan bakteria baik ini… Makin teruk laa indigestion —> sembelit —-> Buasir !
Sumber : https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4049942/
Kajian di atas mendapati, Probiotics (bakteria baik) dalam usus membantu sintesis vitamin B. Tapi bukan semua strain. Dia perlukan kajian lebih lanjut.
Mungkin pada kes tuan, multi factor yang saling berkait sehingga menyebabkan gastrik & buasir.
Kekurangan Vitamin B12 juga menyebabkan masalah pada darah, dikenal dgn Megaloblastic Anemia (kurang darah merah).
Megaloblastic anemia juga boleh menyebabkan MASALAH JANTUNG !
** Mungkin berkaitan, saya assume byk perkara sebab info perjalanan penyakit yang terhad.
APA YANG TUAN BOLEH BUAT ?
Ini apa yang pernah saya sarankan. Ada yang membaik gastriknya, ada yg tidak. Boleh cuba, mana tahu asbab diberi kesembuhan oleh Allah swt.
PENTING : Perubahan positif TAKKAN NAMPAK dalam masa terdekat. Minimum dalam 3-4 Bulan, jika konsisten buat iAllah.
-
Ambil PRObiotics (Kuman hidup dlm capsule) :- Cuba lah dengan dos yang dianjurkan pada kemasan. Beli di farmasi. Makan setiap hari. Try laa brand apa pun xde masalah. Sbb tuan kena tukar brand every 3 months. Sbb nk dapatkan variety strain (jenis). Kadang lain brand, lain kualiti. Since kita tak tahu mana yg sesuai dgn tuan, kena SPLIT TEST laa. Hehe!
-
Ambil PREbiotics (Makanan kepada kuman baik) :- Utk kuman ni berkembang biak dlm usus, kena supply makanan kepada dia. Antara prebiotics yg mudah adalah buah, sayur, roti serat, & yogurt. PENTING : Buah & Sayur ORGANIK SAHAJA. Kerana racun buah/sayur pada non-organic, boleh bunuh bakteria baik! Roti serat & yogurt ambil yg TANPA PERISA / TANPA PEWARNA /TANPA PENGAWET (jika boleh). Bahan kimia tu menganggu bakteria baik juga.
-
VITAMIN B Complex :- Jika gastrik teruk, ambil suntikan vitamin B complex (Neurobion) di klinik swasta. Vitamin B mmg ada lulus KKM. Vit C yang takde. Ambil seminggu sekali selama sebulan. Suntik ke dalam otot lebih bagus, dia jd mcm prolonged slow release (tapi sakit sikit). Jika gastrik tak berapa teruk, boleh makan pil vitamin B (jenama neurobion plg bagus). Ambil setiap hari bersamaan dgn probiotics.
-
VITAMIN B12 (Methylcobalamine) :- Yang ini tiada injeksi. Hanya ada pil. Beli di farmasi atau klinik. Vitamin B12 ni biasanya TIDAK DICAMPUR dalam vitamin b complex. Jika sudah ada dicampur, tak perlu lagi.
Memang mahal sikit, tapi berbaloi untuk cuba. Demi kesihatan & demi keluarga. Tuan muda lagi. Seingat saya ada kajian juga, bila sistem pencernaan baik, rambut kurang gugur. Kadang sbb gugur ni, nutrisi kurang. Kurang sebab masalah di pencernaan & penyerapan. Hehe.
Antara KEBAIKAN PROBIOTICS :-
SUMBER : http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/hel.12237/full
KELEBIHAN 1 = Bantu dalam masalah perut yang disebabkan oleh H.Pylori
SUMBER : https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25099542
KELEBIHAN 2 = Bantu dalam masalah sembelit.
Mungkin ramai yg dah bagi suggestion pada tuan, cuba itu ini… Maaf panjang sgt. Maaf juga jika tak tersusun, main ikut suka je mana yg terlintas. Ubat doktor teruskan makan. Probiotics ni smua baru step pertama laa tuan. Jika berhasil, baru laa ke step berikutnya. Periksa kandungan nutrisi / gizi / vitamin menyeluruh dan sebagainya.
Semoga bermanfaat, selamat mencuba, semoga cepat sembuh. Assalamualaikum.